Saturday, August 6, 2011

IMAM HANAFI ....

rin nak SHARE sedikit ilmu dan cerita melalui kisah hidup IMAM HANAFI....


. : IMAM HANAFI : .
Nama sebenar = An - Nukman bin Thabit .
Lahir pada = 80 Hijrah / 699 Masihi .
Lahir di = Anbar, Kufah Baghdad .
Bercita-cita = Menjadi peniaga @ pedagang yang berjaya dan 
menyebarkan ilmu agama ISLAM .
Gelaran yang diberi = Abu Hanifah .
Diberi sempena nama anaknya, Hanifah dan 
dikatakan beliau sering membawa dakwat (dlm bhs Parsi hanifah) kemana sahaja .


Sejarah Hidup Imam Hanafi 1 : Debat

>>>Ada pemuda , Dahri namanya ingin mencabar para ulama termasuk Khalifah Yazid di Kufah Baghdad tentang Agama Islam. Namun , semua ulama termasuk khalifah sendiri  tidak dapat menandingi kesemua soalan yang ditujukan oleh Dahri. Dahri adalah seorang pemuda yang dihantar oleh Maharaja Rom.

     Bagi ingin membersihkan semula maruah Islam , Khalifah Yazid menghantar utusan tentang perkara ini kepada Imam Hamad untuk ke Kota Baghdad. Beliau ke sana dengan anak-anak muridnya. Beliau juga merupakan guru kepada Imam Abu Hanifah @ Imam Hanafi. Imam Hamad amat susah hati , namun dia masih berzikir dan berdoa semoga diberi petunjuk.

     Lalu selepas solat subuh , Imam Hamad bermuzakarah kepada anak-anak muridnya termasuk Abu Hanifah. Beliau masih belum mendapat ilham untuk berdebat dgn pemuda itu dan berasa susah hati dengan mimpinya semalam. 
 [ Beliau bermimpi , beliau berada di sebuah dusun buah-buahan yang sgt luas dan indah.
Terlihat sepohon kayu yang rendang dan lebat buahnya. Muncul , seekor khinzir yang memakan buah-buahan yang ranum dari pohon itu dan hampir memusnahkan pohon itu. 
Yang tinggal , batangnya saja. Kemudian , hadir seekor harimau menerkam dan membunuh khinzir itu.]

      Selesai Imam Hamad meluahkan apa yang benak dalam hatinya, Abu Hanifah tersenyum dan lalu mentafsirkan mimpi tersebut. Abu Hanifah berkebolehan dalam ilmu mentafsir mimpi. 
 " Dusun yang luas dan indah itu ialah agama Islam. Pokok yang berbuah lebat itu ialah sekalian ulama yang terdapat ketika ini. Sepohon kayu yang masih tinggal itu ialah Imam Hamad sendiri. Khinzir itu merupakan pemuda yang bernama Dahri. Harimau yang menerkan dan membunuhnya ialah saya (Abu Hanifah) " kata Imam Abu Hanifah dengan yakin.

      Lega Imam Hamad mendengar tafsiran Abu Hanifah. 
TELAH DATANG HARI YANG DITETAPKAN.....
mari ikuti dialog ini .. (ringkasan)
DAHRI : Mereka menuduhku orang yang tidak mempunyai pegangan agama kerana tidak percaya kepada tuhan. Kerana itu aku mencabar semua ulama yang mengaku taat kepada agama dan yakin wujudnya tuhan supaya debat dgn ku!
ABU HANIFAH : Wahai lelaki yang sombong, orang yang tahu pasti akan menjawab soalan mu itu!
DAHRI : {Terkejut dgn suare ABU HANIFAH yang memeranjatkan.}

bermula pendebatan....
DAHRI : Soalan yg 1 , benarkah ALLAH itu wujud??
ABU HANIFAH : Sesungguhnya ALLAH itu memang wujud.
DAHRI : Bila dia dilahirkan??
ABU HANIFAH : ALLAH tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan. Dia yang pertama dann terakhir, tidak ada sebelumnya atau sesuatu selepasnya.
DAHRI : MUSTAHIL!! Buktikan??
ABU HANIFAH : {ABU HANIFAH menunjukkan 5 jarinya...}Cuba kamu lihat ibu jari ini....Adakah ada jari sebelumnya?? Lihat pula jari kelingking ini.....Adakah ada selepasnya?? Sekiranya jari ini dicipta oleh tuhan, apatah lagi dirinya.
DAHRI : Bila tuhan dilahirkan??BUKTIKAN!!
ABU HANIFAH : Sebelum masa dan tarikh dicipta, ALLAH itu lebih dahulu wujud. KewujudanNYA tidak terikat oleh masa @ tarikh.Buktinya, adakah kamu pandai mengira??
DAHRI : Sudah pasti!
ABU HANIFAH : Apakah angka sebelum nombor 1??
DAHRI : 0 @ tiada.
ABU HANIFAH : Sekiranya begitu, angka 1 itu tidak ada angka sebelumnya.. Mengapa kamu hairan dengan ALLAH YANG MAHA SATU itu tidak ada yang mendahuluiNYA ??
DAHRI : {Terkesima kerana tidak sangka Abu Hanifah yang masih muda dapat mematahkan hujahnya.} Dimanakah tuhan kamu itu berada?? Lihat pohon kayu tempatnya tanah , manusia tempatnya di muka bumi, ikan itu tempatnya di dalam air.Setiap yang wujud ada tempatnya..
ABU HANIFAH : ALLAH memang wujud tetapi tidak mempunyai tempat. Buktinya, kamu lihat pada diri kamu ada nyawa. Adakah kamu tahu dimana tempatnya nyawa atau roh kamu?? 
DAHRI : {Tersentak mendengarnya. Namun, masih tidak puas hati!}
ABU HANIFAH : Dahri , sekiranya kamu masih belum jelas.Berikan saya segelas susu. Lihat susu ini, adakah kamu percaya dalam susu ini ada mengandungi lemak?
DAHRI : Aku percaya itu..
ABU HANIFAH : Beritahu aku, dimana lemak itu berada??
DAHRI : {Tersentak dan terdiam. Tidak dapat memberi jawapan.}
ABU HANIFAH : Bagi mencari lemak susu itu pun kita tak nampak, dan tidak mengetahui mana letaknya roh dan nyawa kita.. Inikan pula kita mencari mana letaknya ZAT ALLAH...
DAHRI : Kamu percaya pada syurga? Bukankah itu semua khayalan?? Yang menyatakan bahawa di syurga nanti pelbagai jenis minuman dan makanan disediakan, penghuninya tidak perlu membuang air besar atau kecil..
ABU HANIFAH : Saya percaya. Dahri, bukankah kamu pernah berada dalam perut ibu selama 9 bulan. Selama kamu dalam kandungan ibumu, kamu juga makan dan minum tanpa membuang air besar ataupun kecil..Itu baru dalam perut ibumu.Bagaimana pula di dalam syurga..
DAHRI : {MASIH TIDAK BERPUTUS ASA.} BAIKLAH INI YANG TERAKHIR!! Beritahu aku, apa yang dilakukan oleh tuhanmu sekarang ini??
ABU HANIFAH : AMAT MENARIK SOALAN TERAKHIR ITU. Dengan itu, Marilah kita bertukar tempat. Kamu turun kebawah, dan saya naik ke atas mimbar itu, agar suara saya jelas kedengaran.
DAHRI : Dengan senang hatinya.
ABU HANIFAH : Wahai sekalian manusia, ketahuilah kerja ALLAH sekarang adalah menjatuhkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan ALLAH kebawah mimbar. ALLAH juga menaikkan hak sebagaimana saya yang berada dibawah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini...

    MAKA bergemalah takbir daripada orang ramia yang hadir mendengar pendebatan itu. Mereka kagum dengan kehebatan Abu Hanifah dalam menyelesaikan semua soalan oleh Dahri dan memulihkan semula maruah ISLAM. Dahri terpaksa mengaku kalah dan pulang ke negaranya dengan penuh kehinaan..

SUMBER = ABDUL LATIP TALIB [IMAM-IMAM YANG BENAR]



Harganya memanglah sedikit mahal..
Tapi sebab rin nak tau sgt pasal imam-imam ni,
so berkorban apa saja~
korang pun boleh la beli..sebab buku ni TERBAIK!
dengan izin ALLAH... ^^



peacebesttak??banyaklagirinnakkongsiilmu-ilmumazhabkita.....sonanti2kan!!!!
^0^

4 comments:

  1. aku pun ada buku ni..;p

    ReplyDelete
  2. waa beli ko beli?? aku baru beli,ime be4 bln ramadan~
    hehe buku ni la yang aku ckp tuu...
    tapi x abes lagi...sbb kene phm satu2~
    and aku pelik sket dgn penulis ni...
    mcm slh tulis...tak pun ak yg tak phm~
    [cube tgk kat page 136] die ckp panglima Abu Salamah al khalal terbunuh, [page 139]tapi beli bce next topic, ehh hidup pulak~
    tlg explain kat aku?? ^^

    ReplyDelete
  3. tak ingat bila ayh aku beli.
    ayh aku beli 2, yg 'keanggunanmu ya Rasullullah' dgn buku ni.
    aku dah abis yg psal Rasullullah tu, yg ni aku xbace lg..huhu

    ReplyDelete
  4. alaaa....bace la!! nnt leyh xplain kat aku...^^ penulis yg sme ke?? ape cite psal rasulullah~ nnt post la kat entry ko~ ^^

    ReplyDelete

=) i wonder....