Monday, April 1, 2013

Love High Class aka Cinta Taraf Tinggi



Assalam..
disini suka rin petik dari sebuah nukilan hasil Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi

"Abang, sayang terlalu sayangkan abang. Tapi cinta Allah lebih utama, bukan?Ampun maaf, abang. Sayang terpaksa berterus terang."
"Apa dia, sayang?"
"Abang,sayang takut cinta sayang pada Allah terfitnah sekiranya suatu hari nanti abang berkahwin lagi. Agama sayang boleh rosak kerana cemburu.Andai ia berlaku, sayang terpaksa memilih menjaga agama sayang daripada menjaga abang."
"Tidak sedetik pun abang pernah terfikir nak kahwin lagi."
"Sayang tidak maksudkan abang ada simpan cita-cita untuk itu. Sedikitpun sayang tidak sangsi pada abang. Sayang cuma mempersiapkan diri sebagaimana Rasullulah SAW mempersiapkan syarat untuk puteri-puterinya. Jadi, sayang mohon........ . " sambung "Bersaksikan Allah, pena dan kertas ini, abang berjanjlah tidak akan berkahwin lain tanpa kerelaan sayang. Jika abang memungkiri, bermakna abang telah melepaskan sayang dengan talak satu."
"Sayangku, 10 kali pun abang sanggup tandatangan agar tenang hati kekasih abang ini, Kalau abang di tempat sayang pun, abang akan lakukan hal yang sama....... "

ha... ini salah satu petikan perenggan...heeee tatau nak ckp petikan? semuka surat? 
daripada novel 
CINTA HIGH CLASS

Jauhi diriku
Dekati waliku

sgt indah bukan percintaan suami isteri yg ditemukan melalui kenalan-kenalan para ustaz-ustazah~
individu yang terpelihara dan mencegah daripada melakukan maksiat, menjaga hubungan hingga saat diijab kabulkan~ MASYAALLAH~ rin jeles tau!!


dahulu~
rin terpikir ttg... wanita yang mulakan langkah melamar lelaki yg mereka ingin/suka/kagum untuk menjadi seorg suami/imam...dengan sepucuk surat/e-mel/msg yg dianggap tidak mengapa...
namun melalui novel ini... 360 darjah berputar pendapat rin...
ada baik dan ada tidak baiknya.... tapi itu semua rencana manusia namun ALLAH yg mana menentukan~
okey...kite ikut pendapat dari karya novel ini~

"Ku akui memilih itu bukan hak lelaki. Wanita juga berhak.Aku menyokong jika wanita ingin memulakan dahulu. Tiada masalah. Cuma menggunakan orang tengah itu lebih bersopan. Lebih menepati sifat gadis Muslimah dan budaya Timur.."

Kalau nak diceritakan balik, Siti Khadijah a.s. menggunakan khidmat Maisarah dan seorang sahabiah sebagai orang tengah ketika melamar atau merisik Rasulullah SAW kerana sifat peribadinya.

dan persepsi org ttg POLIGAMI~
memang sunnah Nabi untuk berpoligami...namun...poligami yg bagaimana? mengikut nafsu? mengikut kemampuan? 
poligami itu baik..tapi monogami itu LEBIH baik~
Rasulullah SAW, even isteri pertama baginda meninggal dunia, namun Siti Khadijah a.s tetap di hati baginda. Betapa setianya Rasulullah terhadap isterinya yg tercinta sehinggakan para isteri selepas Khadijah amat cemburu...
>>sempurna kan peribadi Rasul kita!
>>kagum kan dengan baginda!

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم


Cinta High Class
Mawar,
Siapkan dirimu
Hunuskan durimu
Cinta remaja hanya palsu
Cinta-Nya tidak menipu

peaceinsyaALLAH...
JadiMusmahItuTidakMustahilBagiHatiHatiYangUsahaUntukBerubah~
amin~amin~amin~ya rabbal alamin~