Sunday, December 16, 2012

AMALKAN JOM! AYUH! MARI!

Assalam~
saya dapat info ni dari
http://pensil-tekan.blogspot.com/
:D maceh tau~
saya re-shared ek tuan blog??






.:AMALAN YANG PERLU DILAKUKAN:.




Melahirkan Rasa Syukur Dan Gembira

Kita perlu melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih lagi diberi nikmat dan anugerah kesihatan dan nyawa bagi meneruskan kehidupan, serta gembira atas nikmat umur yang dikurniakanNya. Firman Allah SWT di dalam surah ad-Dhuha ayat 11 yang bermaksud,

Dan terhadap nikmat TuhanMu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).”


Mendoakan Antara Satu Sama Lain

Apabila menyambut hari kelahiran seseorang, kita dituntut untuk saling mendoakan antara satu sama lain. 
Sebaiknya, lagu “Selamat Hari Jadi” ditukarkan dengan yang ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan lebih indah. 
Contohnya, barakallahu fika (untuk lelaki) / fiki (untuk perempuan), tiga kali, dengan menggunakan nada dan melodi yang sama. Ia bermaksud “Semoga Allah memberkati kamu”.
 Ucapan-ucapan dan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.




Mengadakan Jamuan Yang Berkadaran

Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.




Mengadakan Majlis Tazkirah Ringkas

Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.




Memberi Hadiah

Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang). Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w:
“Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”


Muhasabah Diri

Muhasabah diri yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu
Sekiranya jawapan itu lebih berat kepada kecuaian dan kealpaan, maka mohonlah taubat kepada Allah. Kemudian susuli dengan niat, azam dan perancangan bagaimana untuk mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki ini. Tentunya baki umur kita semakin hari semakin sedikit, bukannya bertambah. Hasil muhasabah diri ini akan menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah kepada Allah s.w.t.



Berbuat Baik Pada Ibubapa

Buat insan yang menyambut hari jadi itu, elok juga pergi menziarahi kedua ibu bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama dengan keduanya), kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya dia ke dunia. Pada hari itu, si anak sepatutnya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan sesuatu pada ibu dan ayah mereka. Mudah-mudahan usia kita terus diberkati.




peaceSHARINGisCARING~
MOGAKITADAPATMENGAMALKANBENDA2YANGBAIKDLMHIDUPKITA~
AMINNNNN!!!
:B

No comments:

Post a Comment

=) i wonder....