Thursday, July 28, 2011

HA....banyak2 rukun...rukun ni penting gak...


 
  • Percaya Kepada Allah
Kita wajib percaya kepada Allah . Percaya kepada KEESAANNYA dan percaya segala yang berlaku adalah diatas kehendakNya.

 

  • Percaya kepada malaikat
Wajib percaya malaikat itu wujud dan  telah dijadikan oleh Allah SWT daripada nur ( cahaya ) yang sentiasa bertasbih kepadaNya dan tidak pernah menginkari suruhan dan laranganNya.

  • Percaya kepada Kitab-kitabnya
Wajib percaya bahawa Allah SWT telah menurunkan peraturan-peraturan dan perintah yang diberikan kepada rasul-rasulnya dan segala peraturan dan perintahNya telah menjadi kitab. kitab ini sebagai panduan dan kebenaran kepada manusia semua tentang Islam.
 
  • Percaya kepada nabi dan rasul
Kita wajib percaya Allah SWT mengirimkan pesuruh dan utusan kepada manusia sebagai ketua atau pembimbing manusia ke jalan yang benar dan bertindak sebagai penyampai perintah dan laranganNya.


  • Percaya kepada Hari Kiamat
Kita wajib percaya pada suatu hari nanti dunia akan hancur lebur , rosak binasa  dan segala mahluk bernyawa pasti akan mati. Kemudian, manusia akan dihidupkan semula dari kubur mereka untuk dihitung amalan mereka.


  • Percaya Kepada Qada' dan Qadar
 Wajib percaya segala yang terjadi telah ditentukan dan ditetapkan  Allah  SWT sejak azali lagi.


so.....amacam?? 
boleh tak ingat?? dan jangan lupa untuk amalkan!!!








peacemariberdakwah!!!

3 comments:

=) i wonder....